DARUL HANAN PULAU PINANG

Badan Kebajikan Rumah
Warga Emas

Kompleks warga emas ini dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk penempatan dan penjagaan warga emas. Antara prasarana yang disediakan adalah bangunan asrama, Anjung Terapi, dewan makan, surau, wad terlantar, dewan serbaguna dan bilik seminar. Kompleks ini boleh menampung jumlah maksima warga emas seramai 150 orang dan mula beroperasi pada 1 Februari 2010.

Objektif

Menguruskan penjagaan dan perlindungan terbaik kepada warga emas yang memerlukan.

Mewujudkan pengurusan warga emas berteraskan agama Islam secara cekap dan berkualiti.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama Islam kepada warga emas berdasarkan konsep pendidikan sepanjang hayat.

Membangun kompleks warga emas sebagai suatu pusat pembangunan warga emas contoh di Pulau Pinang.

My Infaq Today

Sekiranya ada berhajat untuk berinfak kepada Darul Hanan, tuan puan yang budiman boleh bank in ke dalam akaun kami :

MAYBANK: BADAN KEBAJIKAN DARUL HANAN

NO AKAUN : 557 447 203 705

Resit pengecualian cukai LHDN akan disediakan.