Selamat Datang ke Darul Hanan Pulau Pinang

Badan Kebajikan Rumah Warga Emas “Warga Emas Bahagia, Ummah Mulia”

Kompleks warga emas ini dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk penempatan dan penjagaan warga emas. Antara prasarana yang disediakan adalah bangunan asrama, Anjung Terapi, dewan makan, surau, wad terlantar, dewan serbaguna dan bilik seminar. Kompleks ini boleh menampung jumlah maksima warga emas seramai 150 orang dan mula beroperasi pada 1 Februari 2010.

No. Pendaftaran : PPM-006-07-22042009

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS DARUL HANAN PULAU PINANG UNTUK TEMPOH SATU (1)TAHUN

Istimewa Darul Hanan dalam memberi khidmat kepada warga emas

Kemudahan yang disediakan

Jagaan 24 jam oleh kakitangan bertugas

Perkhidmatan Fisioterapi

Bimbingan dan kaunseling

Bimbingan agama

Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan

Rekreasi dengan melawat kawasan luar Pulau Pinang

Borang Permohonan Kemasukan ke Darul Hanan Pulau Pinang

Objektif

Tujuan penubuhan kompleks warga emas ini:

  • Menguruskan penjagaan dan perlindungan terbaik kepada warga emas yang memerlukan.
  • Mewujudkan pengurusan warga emas berteraskan agama Islam secara cekap dan berkualiti.
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama Islam kepada warga emas berdasarkan konsep pendidikan sepanjang hayat.
  • Membangun kompleks warga emas sebagai suatu pusat pembangunan warga emas contoh di Pulau Pinang.

Kami sedia menerima sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan harian.

Nama Akaun : Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan
Bank : Maybank
No. Akaun : 557 447 203 705

Warga Emas Bahagia, Ummah Mulia

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sila hubungi:

PEJABAT

04-575 2884

pengurus

Puan Siti Sarah Yahaya
019- 411 2884

PENYELIA KEMASUKAN WANITA

Puan Nur Aswani Aziz 
019- 411 9614

penyelia KEMASUKAN LELAKI

Encik Nassir Sulaiman
019- 411 7807

Lawati Media Sosial Kami

untuk melihat pelbagai aktiviti menarik di Darul Hanan Pulau Pinang

Darul Hanan Pulau Pinang

@darulhananpulaupinang

sarahdarulhanan